®
  
 
Laman Utama                                                                                                    
Sejarah Dunia | Sains dan Teknologi | Rencana Umum
 
  

 

 

Rencana Umum.

Ruangan ini memuatkan pelbagai genre rencana sama ada dalam dua bahasa, bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Aspek, kesan, dan impak alam sekitar.
Organisasi disyorkan mengenal pasti dan mengisytiharkan kepada orang ramai segala bentuk kesan yang wujud hasil daripada operasi. Kesemua jenis kesan ini perlu dikumpulkan ke dalam satu dokumen untuk diedarkan kepada pihak yang berkepentingan.
 
Bush bakal hadapi karenah Washington
Dia akan memerintah atas platfom yang goyah mulai Januari ini dan ia akan memerlukan keupayaan dan kecekapan luar biasa, terutama untuk menghakis sebarang persoalan mengenai pemilihannya, berikutan keputusan hakim mahkamah yang menolak kiraan semula di Florida dengan undi 5-4.
 
Gejala cyberbooze di Internet
Dalam operasi pengintipan yang dijalankannya terdapat 14 jenis laman Internet komersial - dengan nama-nama seperti Virtual Vineyard dan Liquor Loft Home Page - menjual dan menghantar minuman beralkohol kepada pelanggan bawah umur yang diambil dari pejabatnya kata Vicco. Dia sedang memfailkan tindakan undang-undang terhadap laman-laman web tersebut.
 
Kesedaran sastera negara pada era 50-an
Isu konsep pertentangan fungsi seni ini dinyatakan juga oleh Bachtiar Djamily dengan nada lantang dan keras, dengan menyatakan betapa kesusasteraan untuk rakyat haruslah realistis dan sosialis sifatnya, serta mengajak pengarang dan peminat sastera menentang pemodal dan majikan yang menindas golongan pekerja @ rakyat.
 
Masalah pemasaran buku DBP.
Bagaimanapun, Mohammadan enggan menyebut jumlah keluaran majalahnya yang mengalami kerugian. Ini kerana kerugian yang dialami oleh DBP tidak begitu ketara. Majalah berkenaan dicetak kira-kira 3,500 naskhah bagi setiap keluaran dalam sebulan.
 
Media Barat kekalkan sentimen anti-Islam
?eratus-ratus pemuda Islam Britain menyertai kempen saudara seagama mereka di seluruh dunia mengikut dakwaan seorang cendekiawan Islam selepas beberapa laporan sebelum ini menyatakan bahawa seorang pelajar dari Birmingham maut dalam satu serangan berani mati ketika sambutan Krismas, mengakibatkan lapan orang terbunuh di Kashmir,?lapor akhbar itu
 
Memajukan Melayu melalui genetik
Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru lahir harus secepatnya dirangsang deria penglibatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni melalui pelbagai ikhtiar. Mata manusia dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap memori mempunyai jaringan masing-masing. Makin banyak warna yang didedahkan melalui pelbagai cara (mainan/cat dinding/warna pakaian dan sebagainya), makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih pendek dari sekelip mata.
 
Pas, Mercedes, dan ulama
Di daerah Tawau, mengikut Kadarisman Kadiran, wakil Pas Sabah yang bangun membahaskan ucapan dasar, Pas hanya mempunyai 480 ahli. Kadarisman menjelaskan tentang karektoristik politik Sabah dengan berkata: ''Rakyat Sabah, jika kita meminta mereka menyertai kita, akan bertanya mana peruntukan untuk rakyat Sabah dari Pas.'' Tanpa memberi mereka sesuatu, kata beliau, Pas masih jauh untuk bertapak di Sabah.
 
Pekerja asing di Malaysia
Kepulangan pekerja-pekerja ini ke tanah air barang pasti menyulitkan survival mereka di sana kerana keadaan ekonomi negara sendiri adalah lebih buruk daripada negara Malaysia. Mahu tidak mahu pekerja asing yang sudah berada di negara ini terpaksalah menyesuaikan diri dengan kemelut ekonomi di sini supaya keadaan tidak menjadi sulit kalau berada di tanah air sendiri.Seluruh rakyat dan pemimpin negara sedar dengan gejala menghantar pulang pekerja asing setelah menyaksikan keruntuhan ekonomi yang berlaku di negara mereka.
 
Penerbit buku cari tapak pada era maya
Dari segi kandungan, sepanjang tahun 1999, lebih banyak judul yang memberi tumpuan pada bidang agama, bahasa dan matematik khususnya yang berkaitan dengan pelajaran sekolah. Yang lain-lain adalah dalam bidang pertanian, pengurusan, kesusasteraan dan permainan.
Bidang-bidang ini masih terhad khususnya pada peringkat para penerbit baru ini mencari tanpa untuk memulakan usaha niaga yang belum pasti pasarannya. Kumpulan penerbit CD-ROM ini merupakan nama-nama yang tidak dikenali sebelum ini.
 
Puisi hina orang Melayu
Dan perhatikan juga, walaupun bahasa Melayu bahasa rasmi dan bahasa utama dalam sistem pendidikan negara, kaum Melayu tidak merupakan kaum yang paling maju dalam bidang pendidikan. Bahasa Inggeris masih tetap merupakan bahasa penting dalam pembangunan negara ini. Walaupun Islam agama rasmi, tempat-tempat sembahyang agama lain tumbuh merebak-rebak di serata negara, termasuk di kampung-kampung Melayu.
 
Kos sara hidup di Tokyo mahal
Untuk makan, anda perlu membayar hingga 980 yen (RM29), sebiji pisang (140 yen/RM4), salad (160 yen/RM5), nasi putih (220 yen/RM7dan 1,200 yen/RM36 di hotel), kopi (800 yen/RM24), air galian (160 yen/RM5) dan kemeja-T (1,500 yen/RM45). Kebanyakan barangan dikenakan cukai kerajaan lima hingga 30 peratus.