|
| |

Rencana Umum.
Ruangan ini memuatkan pelbagai genre rencana sama ada dalam dua bahasa,
bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Aspek,
kesan, dan impak alam sekitar.
Organisasi disyorkan mengenal pasti dan mengisytiharkan
kepada orang ramai segala bentuk kesan yang wujud hasil daripada operasi.
Kesemua jenis kesan ini perlu dikumpulkan ke dalam satu dokumen untuk
diedarkan kepada pihak yang berkepentingan.
Bush
bakal hadapi karenah Washington
Dia akan memerintah atas platfom yang goyah mulai Januari ini dan ia
akan memerlukan keupayaan dan kecekapan luar biasa, terutama untuk menghakis
sebarang persoalan mengenai pemilihannya, berikutan keputusan hakim mahkamah
yang menolak kiraan semula di Florida dengan undi 5-4.
Gejala
cyberbooze di Internet
Dalam operasi pengintipan yang dijalankannya terdapat 14 jenis laman
Internet komersial - dengan nama-nama seperti Virtual Vineyard dan Liquor
Loft Home Page - menjual dan menghantar minuman beralkohol kepada
pelanggan bawah umur yang diambil dari pejabatnya kata Vicco. Dia sedang
memfailkan tindakan undang-undang terhadap laman-laman web tersebut.
Kesedaran
sastera negara pada era 50-an
Isu konsep pertentangan fungsi seni ini dinyatakan juga oleh Bachtiar Djamily
dengan nada lantang dan keras, dengan menyatakan betapa kesusasteraan untuk
rakyat haruslah realistis dan sosialis sifatnya, serta mengajak pengarang dan
peminat sastera menentang pemodal dan majikan yang menindas golongan pekerja @
rakyat.
Masalah
pemasaran buku DBP.
Bagaimanapun, Mohammadan enggan menyebut jumlah keluaran majalahnya yang
mengalami kerugian. Ini kerana kerugian yang dialami oleh DBP tidak begitu
ketara. Majalah berkenaan dicetak kira-kira 3,500 naskhah bagi setiap keluaran
dalam sebulan.
Media
Barat kekalkan sentimen anti-Islam
?eratus-ratus pemuda Islam Britain menyertai kempen saudara seagama mereka di
seluruh dunia mengikut dakwaan seorang cendekiawan Islam selepas beberapa
laporan sebelum ini menyatakan bahawa seorang pelajar dari Birmingham maut
dalam satu serangan berani mati ketika sambutan Krismas, mengakibatkan lapan
orang terbunuh di Kashmir,?lapor akhbar itu
Memajukan
Melayu melalui genetik
Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru lahir harus secepatnya
dirangsang deria penglibatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak
anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni melalui
pelbagai ikhtiar. Mata manusia dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna
mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap memori mempunyai jaringan
masing-masing. Makin banyak warna yang didedahkan melalui pelbagai cara
(mainan/cat dinding/warna pakaian dan sebagainya), makin banyak terbina
jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa
yang lebih pendek dari sekelip mata.
Pas, Mercedes, dan
ulama
Di daerah Tawau, mengikut Kadarisman Kadiran, wakil Pas Sabah yang bangun
membahaskan ucapan dasar, Pas hanya mempunyai 480 ahli. Kadarisman menjelaskan
tentang karektoristik politik Sabah dengan berkata: ''Rakyat Sabah, jika kita
meminta mereka menyertai kita, akan bertanya mana peruntukan untuk rakyat
Sabah dari Pas.'' Tanpa memberi mereka sesuatu, kata beliau, Pas masih jauh
untuk bertapak di Sabah.
Pekerja
asing di Malaysia
Kepulangan pekerja-pekerja ini ke tanah air barang pasti menyulitkan survival
mereka di sana kerana keadaan ekonomi negara sendiri adalah lebih buruk
daripada negara Malaysia. Mahu tidak mahu pekerja asing yang sudah berada di
negara ini terpaksalah menyesuaikan diri dengan kemelut ekonomi di sini supaya
keadaan tidak menjadi sulit kalau berada di tanah air sendiri.Seluruh rakyat
dan pemimpin negara sedar dengan gejala menghantar pulang pekerja asing
setelah menyaksikan keruntuhan ekonomi yang berlaku di negara mereka.
Penerbit
buku cari tapak pada era maya
Dari segi kandungan, sepanjang tahun 1999, lebih banyak judul yang memberi
tumpuan pada bidang agama, bahasa dan matematik khususnya yang berkaitan
dengan pelajaran sekolah. Yang lain-lain adalah dalam bidang pertanian,
pengurusan, kesusasteraan dan permainan.
Bidang-bidang ini masih terhad khususnya pada peringkat para penerbit baru ini
mencari tanpa untuk memulakan usaha niaga yang belum pasti pasarannya.
Kumpulan penerbit CD-ROM ini merupakan nama-nama yang tidak dikenali sebelum
ini.
Puisi
hina orang Melayu
Dan perhatikan juga, walaupun bahasa Melayu bahasa rasmi dan bahasa utama
dalam sistem pendidikan negara, kaum Melayu tidak merupakan kaum yang paling
maju dalam bidang pendidikan. Bahasa Inggeris masih tetap merupakan bahasa
penting dalam pembangunan negara ini. Walaupun Islam agama rasmi,
tempat-tempat sembahyang agama lain tumbuh merebak-rebak di serata negara,
termasuk di kampung-kampung Melayu.
Kos
sara hidup di Tokyo mahal
Untuk makan, anda perlu membayar hingga 980 yen (RM29), sebiji pisang (140
yen/RM4), salad (160 yen/RM5), nasi putih (220 yen/RM7dan 1,200 yen/RM36 di
hotel), kopi (800 yen/RM24), air galian (160 yen/RM5) dan kemeja-T (1,500
yen/RM45). Kebanyakan barangan dikenakan cukai kerajaan lima hingga 30
peratus.
|